Sunday, September 21, 2008

Balik kampung&Balik Raya

Hari 22/9 bersamaan 22 ramadan,dah masuk fasa ketiga bulan bulan ramadan terdetik kat hati sejauh mana amalan aku setakat ni.moga2 ramadan kali ini diterima diberi rahmat.Dalam keresahan untuk paper last esok alhamdulillah Allah memberi keizinan untuk menulis dalam blog ni.Kalau direnung kembali dalam keresahan peperiksaan dunia ni,bagaimanakah peperiksaan akhirat iaitu peperiksaan terbesar yang perlu semua manusia tempuhi.Adakah lepas kita disana,sama lah tanya iman dan takwa disaat mulut dikunci dan anggota lain menjadi saksi keatas semua yang diperbuat didunia.Teringat semasa beborak dengan seorang rakan,dia mengatakan dunia ini ibarat mimpi dan kita hanya akan sedar masa selepas kehidupan ini.Kalau dilihat dari padangan lain peperikaan ini untuk menguji sejauh manakah kemampuan kita menguasai ilmu itu,tapi ada juga manusia yang hanya belajar untuk sijil,segulung diploma@ijazah atau apa kelulusan.mari kita tetap hatikan kembali kita belajar kerana Allah taala dan bukan untuk sesuatu yang lain.
Dalam kesempatan seminggu tak de sempat untuk meronda KL&Nilai3,ramai nye rakyat malaysia membuat persiapan raya.Selamat Hari Raya wat seluruh umat islam.hehe
Dalam 10 terakhir ramadan kali ni xsempat lagi untuk berbuka bersama keluarga terutama mak&ayah.rindu sangat dengan masakan mak.Semalam ayah datang Kuis menjeguk anak sulung dia kat kuis atas alasan nak pergi nilai cari barang.mungkin la sebab dah 2@lebih berjanji untuk balik umah tapi anak sulung dia ini xsampai2 umah.Ya Allah ampunkan lah anak yang berdosa ini. 24 ni insyaAllah aku akan menjejak kaki kat kampung halaman tercinta.
Allahua'lam

Monday, September 15, 2008

Puasa,pekse,kampung

Alhamdulillah,Allah memberi kesempatan untuk menulis dlm blog ini.Syukur ke hadrat ilahi masih memberi kesempatan untuk menikmati nikmat dunia yang dipinjamkan kepada saya.Hari ini hari ke-16 puasa.Syukur Allah masih memberi kekuatan kepada diri yang kerdil ini untuk meneruskan puasa walaupun awal-awal puasa tidak berapa sihat.disamping dalam suasana pekse.
Rasa macam kekok pulak untuk menulis.
Alhamdulillah,tinggal satu kertas lagi pekse..23 haribulan.ari ni dah relex sikit setelah 2minggu perah otak tuk pekse.saya harap pekse kali ini dapat mencapai taget yang diimpikan.kadang terfikir jugak pekse ini kat dunia ni.berdebar-debar,risau dan sedih dalam hendak menjawap pekse.tapi cuba kita fikir kan bila pekse yang terbesar iaitu dalam di alam barzah dan akhirat nanti.Ya Allah ampunkan lah dosa hamba mu ini dan berkatilah Hidup ku ini.
Hari ini 16 setember,hari ura-ura untuk tukar kerajaan baru.Takat mana kebenaran cerita ini,Allahu'lam.Dalam MHI hari ini bincang tentang kampung.Wah rindunya pada kampung tapi rasanya baru lagi balik kampung masa cuti sekolah hari tu,jumpa adik-adik.Tapi macam dah lama je tak balik.mungkin sebab puasa ni tak sempat lagi untuk berpuasa kat rumah.Cam ne rakan-rakan yang tak dapat balik kampung atau tak de kesempatan tuk balik ke rumah kepada rakan-rakan di perantauan di bumi ambia' mungkin ada sahabat kat kuis.
Takat ni dulu la untuk celoteh kali ni.mungkin ini sebagai mukadimah menulis dalam blog ni.kepada rakan-rakan yang sedang pekse selamat menjawap.Allahua'lam.

Tuesday, September 2, 2008

Ramadan tetamu mulia

JIKA seorang teman yang anda kasihi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?

Tentunya anda gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.

Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?

Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?

Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah. Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.

Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.

Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah.

Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.

Malangnya, sebahagian umat Islam menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah SWT. Ada yang menyambutnya dengan berpesta, nyanyian, tarian dan muzik.

Sebahagian lagi menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam bulan Ramadan yang dipenuhi dengan adegan yang memenuhi tuntutan nafsu.

Ramai yang menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orang ramai untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur pada waktu siang, berjaga pada malamnya dengan aneka hiburan.

Cara yang dianjurkan oleh Islam secara ringkas adalah sebagaimana berikut:

1. Berdoa semoga Allah melanjutkan usia kita dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolongan-agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya.

2. Membersih diri dan bersuci, iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t.

3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain. Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.

4. Antara perkara terpenting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan tersebut.

5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)

Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati kata-kata ini:

“Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.

Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.

“Berapa ramai orang-orang terdahulu yang kamu kenal telah berpuasa di antara jiran tetangga dan sahabat handai?

“Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup. Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.

Ya Allah, sampaikan kami kepada bulan Ramadan, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.

Puasa dorong perbanyak ibadat sunat, kebajikan

MEREKA yang berpuasa sebenarnya sedang melaksanakan ibadat penting dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Oleh demikian, seseorang yang sedang berpuasa sebaiknya menjaga diri dan tingkah laku daripada sebarang perbuatan yang boleh mencacatkan ibadat puasanya.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa permintaannya, antara golongan itu ialah seseorang yang berpuasa apabila dia berbuka puasanya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Bagi seseorang yang berpuasa Ramadan, sejak bermula ibadat puasanya hingga berbuka, akan dikabulkan segala doa permintaannya oleh Allah dengan syarat puasanya benar-benar tulen seperti diperintahkan Allah dan Rasul-Nya.


Ibadat puasa membantu menjaga ibadat lain kerana orang yang berpuasa memelihara solatnya dan khusyuk dengan menjaga rukun serta syarat utama solat.


Mereka yang berpuasa dan mendirikan solat, pasti bertanya pada diri sendiri, “bagaimana aku melakukan ibadat diperintah Allah dan pada waktu sama melalaikan ibadat lain? Sedangkan perbuatan itu tidak sepatutnya aku lakukan.”

Mereka yang berpuasa tidak harus melalaikan ibadat lain. Inilah yang dikatakan puasa seharusnya mendorong pelakunya supaya lebih banyak mengamalkan ibadat lain sebagai tanda ketaatan kepada Allah.

Apabila melakukan ibadat wajib, maka dia akan turut sama melaksanakan amalan sunat yang lain. Bukan satu yang menghairankan apabila kita melihat sebahagian besar umat Islam mulai memenuhi ruang masjid untuk solat berjemaah, mengerjakan solat Rawatib, berzikir dan bertadarus al-Quran di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.


Pelbagai program dan kegiatan dilaksanakan sepanjang Ramadan seperti berbuka puasa, tazkirah selepas solat Zuhur, Tarawih di semua masjid dan surau serta program ceramah hujung minggu. Ini semua membuktikan puasa mengajak memperbanyakkan ibadat dan amalan kebajikan. Objektif utamanya adalah mencari reda Allah supaya dijauhi daripada azab dan seksa di akhirat kelak.

Puasa mendorong individu Muslim melaksanakan amalan kebajikan untuk dirinya sendiri. Mereka melaksanakan ibadat sunat di samping kewajipan puasa Ramadan. Contohnya, solat sunat Tarawih dan Tahajud dibuat pada setiap malam secara berjemaah dan bersendirian. Sememangnya ibadat sunat ini dianjurkan sepanjang bulan mulia ini, sebagaimana Allah mewajibkan ibadah puasa pada siangnya, manakala qiamullail di sepanjang malamnya.

Ibadat puasa yang hakiki memberi manfaat antaranya faedah yang bakal diperoleh daripada sedekah atau zakat fitrah. Berkata sebahagian ulama salaf, “Apabila tibanya Ramadan, perluaskan amalan sedekah dan membantu gologan yang susah kerana amalan itu ganjarannya hampir sama dengan bersedekah di jalan Allah.”

Oleh itu, manusia diperintah memperbanyakkan sedekah pada bulan ini. Nabi Muhammad SAW lebih pemurah pada Ramadan berbanding bulan lain. Baginda bertadarus al-Quran dengan Jibrail dan melaksanakan kebajikan lebih pantas dari angin yang bertiup.

Pada bulan ini, Muslim berpeluang melakukan ibadah dan ketaatan sepenuh hati serta berupaya meninggalkan perbuatan buruk dan maksiat. Perokok tegar mampu meninggalkan tabiat merokok yang sebati pada dirinya selepas berniat untuk berpuasa kerana Allah. Inilah keajaiban Ramadan yang sering dilupakan sebahagian manusia.

Apabila seseorang membuat kebaikan untuk keuntungan dirinya, dia juga perlu menyebarkan segala kebaikan itu kepada orang lain. Apabila kita melakukan kebajikan kerana Allah, kita juga berhak mengajak dan menasihati orang lain melakukan kebajikan sama.

Ajak mereka beroleh faedah yang sama seperti mana sabda Nabi SAW yang bermaksud “Siapa yang mengajak ke arah kebaikan, dia beroleh pahala yang sama daripada pahala orang yang mengikuti nasihatnya itu, malah tidak dikurangi sedikitpun pahala sesama mereka.” (Hadis riwayat Muslim)