Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi di kurniakan kekuatan untuk saya menulis lagi dalam blog ini,salam semangat luar biasa,dengan jiwa luar biasa.Sering kita dengan perkataan 'PERUBAHAN' apa sebenarnya perubahan yang hendak dibina?.Kita cuba fikirkan secara mendalam tentang pekara ini.Suka saya ingin membawa berita yang sensasi sekarang ini peralihan kuasa besar dunia iaitu peralihan kuasa Presiden Amerika Syarikat,iaitu kuasa besar dunia.Ura-ura bahawa Obama ini memperjuangkan nasib-nasib umat islam,betulkah?Allahua'lam.
Mari kita lihat lebih kecil sedikit iaitu perubahan kuasa yang akan berlaku kepada negara tercinta kita,penyerahan jawatan pedana menteri kepada timbalan beliau,apa yang kita harapkan pada perubahan ini?cuba fikir dan renungkan.Pedana Menteri kita hanya memegang dua penggal pemerintahan,apa yang beliau bawa perubahan kepada kita sepanjang pentadbiran yang diketuai oleh beliau?dan apa perubahan yang dibawa oleh Pedana Menteri sebelum ini?cuba fikir dan renungkan sekali lagi?disini bukan saya hendak merendahkan seseorang,tapi saya ingin membawa tuan-tuan untuk berfikir tentang perubahan setiap orang Pemerintah akan membawa satu perubahan masing-masing sesuai dengan prinsip dan pegangan masing-masing.
Mari kita lihat lebih kecil lagi iaitu perubahan dalam diri kita sendiri?takat mana perubahan kita buat dalam hidup kita ini?adakah ada perubahan dalam hidup kita dari kecil sehingga sekarang?perubahan peribadi?perubahan ahklak?perubahan permikiran?Mari kita lihat dari sudut Mahasiswa.Adakah kita ini sebagai pemikir yang memikirkan hal-hal sekeliling kita?atau kita sekadar pergi kuliah,makan,tidur dan exam sahaja?sekadar mengejar segulung sijil,ijazah atau diploma?cuba renung-renungkan kembali.
'Macam ni kah Mahasiswa kita' sering kita mendengar perkataan ini diulang-ulang dan menusuk kedalam anak teliga kita,dengan kerosakan akhlak yang teruk dikalangan mahasiswa sendiri menyebabkan semua mendapat tempias dari segelintir mahasiswa.Mari kita fikirkan dimana silapnya,dimana puncanya,siapa pembawanya.
Wahai Mahasiswa,bangkitlah.
Bawalah perubahan.
Disini saya suka bawa persoalan ini untuk difikir bersama-sama untuk membawa perubahan dalam diri,agama dan Negara kita untuk diberkati dunia dan akhirat.Allahua'lam