Thursday, December 17, 2009

“MAAL HIJRAH KITA PENYAMBUNG HIJRAH RASUL”

Ditulis: Mohd Nur Hafiz Exco Penerangan & Multimedia ALAM
rimbadamai87.blogspot.com
hafiz_chenor@yahoo.com

Salam Maal hijrah wat Seluruh Muslimin dan Mulimat,Selamat Menyambut tahun baru hijrah 1431.Sempat saya bertanya kepada rakan-rakan kampus untuk perancangan cuti maal hijrah ini.Ada yang menjawap ingin pulang ke kampung,ada juga yang menjawap terpaksa menghadiri progam wajip fakuiti.Ada juga yang menjawap untuk tinggal diasrama dan menyiapkan kerja yang ditugaskan oleh pensyarah.Bukan pesoalan ini saya ingin bawa dalam ini tapi saya terfikir sejak akhir-akhir ini sambutan atau perayaan seperti Maal hijrah,malidul rasul,malam nisfu saaban dan sebagainya hanyalah semata-mata perayaan tapi adakah sambutan ini dihayati maksud sebenarnya disebalik peristiwa sejarah tersebut.

Oleh itu, Isu (Maal Hijrah) boleh dipergunakan oleh kita untuk kepentingan Dakwah & Tarbiah. Kita ingin mengimbas kembali perjalanan hidup Rasulullah s.a.w untuk dijadikan tauladan kepada kita semua. Yup, memang menyeronokkan, tapi adakah kisah/cerita hidup Rasulullah s.a.w hanya untuk ditonton oleh kita? Untuk mengisi masa lapang? Sebagaimana kita menonton Naruto, Bleach, Hunter X Hunter, Dragon Ball dan lain-lain? Jika sedemikian, apakah maksud firman Allah s.w.t? :
” Sesungguhnya pada Rasulullah itu, contoh tauladan yang baik”
Tidak wahai kawan-kawan, sesungguhnya sejarah hidup & perjuangan Rasulullah s.a.w bukan sebagai halwa telinga untuk didengari, bukan sebagai santapan mata untuk ditontoni, bahkan ia adalah satu pengajaran & iktibar malahan sebagai satu panduan bagi kita seorang Muslim dalam meniti detik-detik kehidupan ini. Apatah lagi bagi seseorang yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. Persoalan sekarang bukan masalah menyambut Hijrah Rasulullah s.a.w tetapi menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.
Menyentuh mengenai Hijrah. Terlintas di fikiran saya, perbincangan Hadis 1 di dalam Hadis 40 karangan Imam Nawawi :

Dari Amirul Mu’minin, Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada apa yang diniatkan. Sesungguhya bg setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya untuk Allah & Rasul maka hijrahnya untuk Allah & Rasul. Barang siapa hijrahnya untuk dunia yang dihajatinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya pada apa yang diniatkan.”

Seringkali apabila kita membincangkan Hadis 1 ini, kita terlupa dari siapakah Hadis ini diriwayat? Hadis ini daripada Saidina Umar Al-Khattab r.a, seorang pemimpin agung Islam yang terkenal dengan bengis, bekeng, pongoh, gedeber, samseng dan perkataan yang sewaktu dengannya semasa di zaman jahiliah beliau. Zaman jahiliah beliau, dipenuhi dengan benci, dendam & permusuhan terhadap Islam. Namun, apabila beliau memeluk agama Islam, sikap & akhlak beliau bertukar, malahan sikap, bakat, kekuatan, pengaruh dan kehandalan beliau digunakan sepenuhnya untuk membela Islam. Perubahan 100% berlaku kepada Umar Al-Khattab r.a sebaik sahaja memeluk agama Islam. Membuktikan kepada kita, sememangnya Umar AL-Khattab r.a adalah orang yang paling layak untuk menyampaikan hadis ini kepada umum. Hijrah yang berlaku oleh Umar r.a adalah perkara yang luar biasa yang perlu kita contohi. Bukan sebagai bahan cerita & pujaan dikala mengantuk atau sebelum tidur.
Maksiat yang pernah dilakukan oleh Umar r.a sebelum memeluk Islam teramatlah banyak. Namun, perubahan besar & mendadak berlaku apabila beliau memeluk Islam. Ya, Hijrah berlaku! Alaa, setakat nak kurangkan YM(sembang internet),Frienster,Facebook, Anime, Games, Movie tuh, agak2 laa, kalu banding dengan Saidina Umar r.a. macam sisa-sisa makanan yang melekat dicelah gigi saja. Kecilnya jahiliah yang ada pada kita berbanding jahiliah yang Umar r.a lakukan (sblm Islam). Namun, kerana jahiliah yang kecil ini, kita membuang masa kita. Usia remaja/dewasa dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah. Sememangnya tidak syak, pemuda yang statik akan dirosakkan dengan kestatikannya sendiri. Ayuh kawan-kawan, kita menyambung Hijrah Rasulullah s.a.w.

Friday, December 11, 2009

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid- muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gayahidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan."Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid- murid,begitulah ummat Islam dan musuh - musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang- terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan- hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan- lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita...

Saturday, November 7, 2009

Payahnya bila atap nak jadi tiang, tiang nak jadi dinding, dan dinding nak jadi tangga.

Salam perjuangan sahabat-sahabat.Syukur ke hadrat Ilahi limpah kurnia untuk kita hidup di bumi Allah s.w.t.Lama say tidak menulis dalam blog ini,tapi tiada idea pulak nak menulis,dalam melayari blog-blog yang ada saya tertarik dengan tulisan Ustaz tuan Ibrahim ini. Suka untuk saya bawakan cerita ini bersama.

Link ke blog

Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya. Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini. Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku,” rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih
malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

Pengajaran dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.

Wednesday, October 28, 2009

Penghinaan Terhadap Islam Tidak Berakhir

Dipetik dari blog PRAM

Penghinaan terhadap Islam bukanlah perkara baharu dalam sejarah tamadun manusia. Ia telah berlangsung sejak kali pertama Allah SWT memerintah iblis untuk sujud kepada Adam yang enggan berbuat demikian kerana merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam, malah sudah lebih lama wujud daripada Adam ribuan tahun sebelumnya.

Siri penentangan terhadap tidak berakhir di situ, malah ia diteruskan dengan beberapa siri lain yang berlaku terhadap umat para anbiya yang tidak dapat menerima kebenaran yang dibawa oleh nabi masing-masing. Ia disebabkan ada dalam hati mereka rasa tidak setuju dengan apa yang dibawa kerana mendakwa mereka pun cerdik seperti nabi-nabi.


Justeru, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran menerusi ayat 112 surah al-An'am maksudnya: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu."

Jelas daripada apa yang ditegaskan Allah dalam ayat tersebut di atas, bahawa kalau terdapat di kalangan nabi-nabi itu syaitan berupa manusia, yang kerjanya untuk menyesatkan sekalian manusia, maka ia juga terdapat di kalangan manusia pada hari ini yang berusaha untuk menyesatkan manusia dengan kata-kata indah melalui tulisan, pembentangan kertas-kertas kerja dalam seminar, penyampaian dalam majlis-majlis dialog dan sebagainya.

Pada hal ciri-ciri syaitan ada pada mereka, bagi yang mengenal Islam dengan baik sahaja yang dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan kata-kata indah tersebut.

Pada awal abad ke-21, masyarakat Islam dikejutkan dengan kemunculan penulis dan individu yang diyakini telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam. Mereka cuba memberi gambaran Islam yang salah dengan mengikuti pandangan peribadi mereka semata-mata tanpa dirujuk kepada asas-asas kaedah dan disiplin ilmu pentafsiran al-Quran dan Al-Hadis yang betul daripada persepakatan ulama yang muktabar (yang diterima pakai dan tidak dipertikai oleh seluruh ulama).

Maka berlakulah penyimpangan gambaran Islam sebenar hingga lahir aliran atau fahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan berpolitik dan bermasyarakat. Seolah-olah Islam tiada hubungan dengan persoalan kehidupan Muslim, iaitu agama individu adalah Islam, tetapi kalau cara berfikirnya tidak Islam tidak menjadi masalah. Inilah pandangan sekularisme yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki yang menjadi tali barut Inggeris bagi menjatuhkan empayar Uthmaniyah.

Kalau benar kenyataannya itu, apa perlu untuk mengguling pemerintahan Islam Uthmaniyah, biarkan Sultan Abdul Hamid memerintah negara dengan Islam, sistem politik sahaja yang perlu ditukar kepada sekularisme, tetapi itu tidak akan berlaku, kerana sekularisme mempunyai agenda tersendiri bagi meraih sokongan pihak tertentu untuk menguasai negara.

Percubaan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya mahu menjadikan Islam dan hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam.

Antara kenyataan yang ditulis dan siar oleh penulis dan badan-badan yang menyebut Islam boleh ditafsir oleh sesiapa contohnya:

1. Pandangan oleh Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam: "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu, sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata." (Utusan Malaysia, 26 September 2000)

2. Pandangan Dr Kassim Ahmad, penulis dan penganalisis bebas: "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman." Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik." (New Straits Times, 12 Oktober 2000)

Situasi begini bukan sahaja merosakkan imej kesucian Islam, malahan menimbulkan kekeliruan yang bahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini. Jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas seperti yang ditulis oleh pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu-ilmu Islam yang betul maka kewibaan seluruh institusi-institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.

Saturday, August 15, 2009

Keutamaan Puasa

Dari Nabi Saw. bahwa beliau bersabda, menceritakan firman Tuhannya Yang Maha Tinggi:

"Setiap perbuatan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri, selain puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Aku sendiri yang memberi balasannya".

Rasulullah Saw. dalam meriwayatkan Hadis Qudsi menyatakan, bahwa Allah Swt. berfirman:

"Semua amal perbuatan Bani Adam menyangkut dirinya sendiri, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan karena itu Akulah yang langsung membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari melaksanakan puasa, janganlah orang yang berpuasa mengucapkan kata-kata kotor, tidak sopan, dan tidak enak didengar, dan jangan pula ribut hingar bingar bertengkar. Jika di antara kalian memaki atau mengajak berkelahi, hendaknya mengatakan kepadanya:"Saya sedang berpuasa".

Selanjutnya Nabi Saw. bersabda:

"Demi Allah yang diri Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari bau minyak kesturi". Dan bagi orang yang berpuasa tersedia dua kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa karena bukanya, dan gembira ketika kelak menemui Rabb-Nya karena menerima pahala puasanya (HR Syaikhani, Nasa'i, dan Ibnu Hibban yang bersumber dari Abu Hurairah).

Para ulama berbeda pendapat mengenai firman Allah Ta'ala,"Puasa itu untuk-Ku, dan aku memberi balasan atasnya" - padahal semua amal adalah untuk-Nya juga dan Dialah yang membalasnya - dalam beberapa pendapat:

  • Pertama, bahwa dalam berpuasa tidak terjadi riya' atau pamer, seperti halnya yang terjadi pada selain puasa. Karena pamer itu terjadi terhadap sesama manusia, sedang puasa itu tak lain adalah sesuatu yang ada di dalam hati. Yakni, bahwasanya semua perbuatan hanya bisa terjadi dengan gerakan-gerakan, kecuali puasa. Adapun puasa cukup hanya dengan niat yang tidak diketahui oleh orang lain.
  • Kedua, bahwa maksud firman-Nya" dan Aku memberi balasan atasnya" ialah, bahwa hanya Dia sendilah yang mengetahui ukuran pahala puasa dan penggandaan upahnya. Adapun ibadat-ibadat lainnya dapat diketahui oleh sebagian orang.
  • Ketiga, arti firman-Nya:"Puasa itu untuk-Ku, dan Aku memberi balasan atasnya" ialah bahwa puasa itu ibadat yang paling disukai oleh-Nya.
  • Keempat, penisbatan kepada diri-Nya adalah penisbatan yang berarti pemuliaan dan penggandaan, seperti kata-kata Baitullah (Rumah allah).
  • Kelima, bahwa sikap tidak memerlukan makanan dan syahwat-syahwat lainnya, adalah termasuk sifat-sifat Tuhan. Dan oleh karena orang yang berpuasa itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu sikap yang sesuai dengan sifat-sifat-Nya, maka puasa itu Dia nisbatkan kepada diri-Nya.
  • Keenam, bahwa artinya memang seperti itu, tetapi dengan kaitannya dengan para malaikat. Karena semua itu adalah sifat-sifat mereka.
  • Ketujuh, bahwa semua ibadat bisa digunakan untuk menebus penganiayaan terhadap sesama manusia , kecuali puasa.

Namun demikian, para ulama sepakat bahwa yang dimaksud dengan puasa pada firman-Nya:"Puasa itu untuk-Ku, dan Aku memberi balasan atas-Nya", ialah puasa orang yang puasanya itu bersih dari kedurhakaan-kedurhakaan, baik berupa perkataan maupun perbuatan (Miftahush-Shalat).

Diriwayatkan dari Nabi Saw. bahwa beliau bersabda:

"Barang siapa berpuasa Ramadhan dengan iman dan ikhlas, maka diampunilah dosanya yang telah lalu"(Zahratur Riyadh). Selain itu Nabi Saw. pun bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala menyuruh para Malaikat Pencatat yang mulia pada bulan Ramadhan supaya mencatat kebaikan-kebaikan dari umat Muhammad Saw., dan jangan mencatat kesalahan-kesalahan mereka serta menghapuskan dosa-dosa mereka yang lalu".

Puasa yang dilakukan dengan ikhlas karena Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan. Orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawwal (ctt:setelah bulan Ramadhan) dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun, yaitu tiga puluh hari kali sepuluh sama dengan tiga ratus, ditambah dengan enam kali sepuluh, sama dengan enam puluh. Bearti jumlah semuanya adalah 360 hari menurut kalender syamsiah (matahari). Hal demikian disebutkan dalam hadis Nabi Saw.:

"Satu kebajikan (dibalas) menjadi sepuluh kali lipat sedangkan kejahatan dibalas seimbang dengan dosanya atau Kuampuni sama sekali meskipun di amenghadap Aku dengan kesalahan-kesalahan hampir sebesar Bumi. Barangsiapa merencanakan hendak melaksanakan suatu kebaikan, tetapi belum dikerjakan, akan dicatat (oleh Malaikat) baginya suatu kebajikan.Dan barangsiapa merencanakan hendak melakukan satu kejahatan tapi belum dikerjakannya, tidaklah dicatatkan baginya sedikit pun (yang dianggap sebagai doa). Dan barangsiapa mendekatkan dirinya kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Dan barangsiapa yang mendekatkan dirinya kepada-Ku sehasta, akau akan mendekat kepadanya sedepa (HR Thabrani yang bersumber dari Abu Dzar).

Diriwayatkan dari Nabi Saw. bahwa beliau bersabda:

"Umatku dikarunia lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun yang sebelum mereka.
    • Pertama, apabila malam pertama dari bulan Ramadhan tiba, maka Allah memandang mereka dengan belas kasih, dan barangsiapa yang dipandang Allah dengan belas kasih, maka Dia tidak akan mengazabnya sesudah itu buat selama-lamanya.
    • Kedua, Allah Ta'ala menyuruh para Malaikat memohonkan ampun untuk mereka.
    • Ketiga, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kesturi.
    • Keempat, Allah Ta'ala berkata kepada surga,'Berbahagialah hamba-hamba-Ku yang beriman, mereka adalah kekasih-kekasih-Ku.
    • Dan kelima, Allah Ta'ala mengampuni mereka semua".

Sebagian ulama berpendapat bahwa puasa itu pada dasarnya ada tiga tingkatan: puasa orang biasa, puasa orang-orang istimewa, dan puasa orang-orang teristimewa.

Adapun puasa orang biasa ialah puasanya orang-orang yang mencegah perut dan farjinya dari memenuhi syahwat.

Adapun puasa orang-orang istimewa ialah puasanya orang-orang saleh, yaitu mencegah panca indranya dari melakukan dosa-dosa, hal mana tidak akan terlaksana kecuali dengan senantiasa melakukan lima perkara:

  • Pertama, menundukkan mata dari tiap-tiap yang pertama tercela menurut syara'.
  • Kedua, memelihara lidah dari menggunjing, berdusta, mengadu domba, dan bersumpah palsu. Karena, Anas telah meriwayatkan dari Nabi Saw. bahwa beliau bersabda, " Ada lima perkara yang menghancurkan puasa yakni emmbatalkan pahalanya: berdusta, menggunjing, mengadu-domba, bersumpah palsu, dan memandang (lain jenis) dengan syahwat".
  • Ketiga, mencegah telingan dari mendengarkan apa saja yang makruh.
  • Keempat, mencegah seluruh anggota tubuh dari hal-hal yang makruh, dan mencegah perut dari makanan-makanan yang syubhat di waktu berbuka. Karena tidak ada artinya kalau berpuasa dari makanan halal , lalu berbuka dengan makanan haram. Perumpamaannya, seperti orang memabangun sebuah gedung dengan menghancurkan sebuah kota. Nabi Saw. bersabda,"Berapa banyak orang berpuasa, tidak memperoleh dari puasanya selain lapar dan haus".
  • Kelima, jangan memakan makanan halal terlalu banyak di waktu berbuka sampai memenuhi perutnya. Oleh sebab itu, sabda Nabi Saw.,"Tidak ada sebuah wadah yang lebih dibenci Allah daripada perut yang dipenuhi makanan halal".

Adapun puasa orang-orang teristimewa adalah puasanya hati dari keinginan-keinginan rendah dan pikiran-pikiran duniawi, dan mencegahnya sama sekali dari selain Allah. Apabila orang yang berpuasa seperti ini memikirkan sesuatu selain Allah, maka berarti dia berbuka dari puasanya. Dan puasa seperti ini adalah tingkatan para Nabi dan Shiddiqin. Karena, pelaksanaan dari tingkatan seperti ini adalah dengan menghadapkan diri sama sekali kepada Allah Ta'ala dan berpaling dari selain-Nya.

Khutbah Rasulullah Menyambut Bulan Ramadhan

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarkannya.

Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertobatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih;Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-pungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan Rabb Al-'Alamin.

Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

(Sahabat-sahabat bertanya:" Ya Rasulullah!Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah meneruskan:)

Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia! Siapa yang membaguskan ahlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.

Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barang siapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardhu dibulan yang lain.

Barang siapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?" Jawab Nabi:Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Monday, July 20, 2009

Tuesday, May 26, 2009

ILMU DAN TUNTUTANNYA


Habibullah
www.halaqah.net
editor:ADMIN


Muqaddimah

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحا به اجمعين

Melangkah ke bumi Anbiya' dengan niat untuk menuntut Ilmu kerana Allah swt. bermakna kita telah menanggung satu tugas yang berat.

Firman Allah taala :
ولولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون
Maksudnya :
"Hendaklah ada di kalangan mereka satu golongan yang keluar untuk memahami agama dan memberi peringatan kepada kamu mereka apabila pulang kepada kaum mereka, mudah-mudahan mereka beringat." (At-Taubah : 122)

Kewajipan Setiap Muslim
Tuntutan (التفقه فى الدين) bukan setakat berjaya membawa segulung ijazah semata, sebaliknya kita juga mestilah :

Mampu menguasai ilmu (التعمق فى الدين )

Memahami (الفهم به )

Mengamalkannya (العمل به )

Menyampaikan kepada masyarakat (الدعوة به )

Mengubah Masyarakat kembali kepada Islam yang sebenarnya (اصلاح المجتمع )

Dr. Yusof Qardawi di dalm bukunya (واجب الشباب المسلم اليوم ) telah menggariskan
bahawa , empat kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu muslim ialah:-

Memahami Islam (فهم السلام )
طلب العم فريضة على كل مسلم و مسلمة
"menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas individu muslim mahupun muslimah"

Beramal dengan Islam (العمل به )
يأيها الذين آمنوا وعملواالصالحات
"Wahai orang-orang yang beriman dan beramal soleh/ kebaikan"

Menyampaikan Islam (الدعوة به )
ادعو الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة
"Serulah kepada agama tuhanmu dengan hikmah serat bertimbang rasa dan perangi mereka dengan sebaiknya "

Berjamaah (الترابط )
التزم جماعة المسلمين و امامهم
"Berpeganglah kamu dengan jamaah muslimin dan kepimpinannya "


Pada keseluruhanya ia adalah berhubungkait antara satu sama lain, di mana kita tidak akan dapat mengamalkan Islam tanpa memahami apa itu Islam terlebih dahulu.

Thursday, February 19, 2009

DAMAI

Alhamdulillah syukur ke hadrat rabbul jalil dengan limpah kurnia dapat untuk menulis blog ni lagi.Apa yang penting untuk peperiksaan ini saya ingin mengucapkan selamat menjawap peperiksaan untuk semua sahabat-sahabat.Dalam penulisan lalu pun saya ada menulis tentang peperiksaan tapi saya bukan orang yang pakar dalam motivasi untuk memberi nasihat tentang peperiksaan cuma disini kadang berkata-kata dalam hati sendirian.Perasaan gemuruh,gementar,takut untuk menduduki peperiksaan mesti ada,tapi kalau kita fikirkan itu baru peperiksaan dunia.Peperiksaan yang besar macam mana?Iaitu peperiksaan akhirat.peperiksaan dunia boleh diulang kalau tidak lulus tapi akhirat?fikir-fikirkan.
Dalam dunia ini tiada yang kekal milik kita.Semua akan musnah dan pergi.Adat dunia.Pecayalah sahabat-sahabat kita tidak lama di muka bumi jadikanlah hidup didunia ini penuh makna dengan amalan dan kerja-kerja yang membela islam.
Banyak sungguh dugaan didunia kita perlu tempuh selagi mana kita hidup ini tapi bila tiada dugaan macam mana kita tahu kita ini betul beriman kepadanya.Kadang-kadang kita lupa dalam kesenangan dan kemudahan diberi Tuhan siapa yang memberi.Bila susah barulah kita ingat kepadaNya.Ya Allah ampunilah dosa hamba mu ini..
Damai,bukan apa tajuk hari ni dipilih damai sebab teringat kepada kampung halaman,kira 30 hari kot tidak balik,tidak sempat nak berjumpa dengan makayah untuk mintak restu untuk peperiksaan ini.hanya dengan mendengar suara di telifon je dan meminta restu dari telifon.Hajat di hati ingin balik kampung tapi entah la susah sangat ke nak balik pahang yang hanya 2 jam.
Tapi memikirkan kesihatan dan masa terpaksa batalkan hasrat untuk pulang ke kampung.Ala baru 30 hari.Ustaz Amzan sempat berpesan kalau ingin betul-betul fakih dalam belajar mesti cukup 40 hari duduk di tempat belajar.
Akhirnya,alhamdulillah dapat menulis dalam blog ini,tapi satu masalah lagi sampai sekarang saya tidak dapat untuk update blog ALAM,amanah kepada saya untuk memeriahkan blog tu dengan tulisan tapi masih tercari-cari apakah yang patut ditulis dalam blog yang serba canggih itu.Ya Allah berikanlah Ilham kepada ku untuk berdakwah.salam keceriaan dan salam pejuangan.wassalam

Thursday, January 15, 2009

RUMPUT

Salam perjuangan,alhamdulillah pada pkul 7.15 pagi 16 jan bersamaan 19 muharam ini dapat lagi menhirup udara dan bernafas.Syukur ke hadrat Rabbul jalil memberi masa dan waktu untuk meneruskan perjuangan yang diamanahkan dalam diri ini sebagai khalifah dimuka bumi ini.Dalam hidup yang sementara ini sememangnya kita perlu tahu semua yang berlaku dalam dunia ini ada hikmah disebaliknya.Apa yang penting,bukan sekadar apa yang terjadi sahaja tapi lihatlah dari segi banyak padangan bagi kita mengetahui kebesaran Allah s.w.t.Dalam kesibukkan di atas muka bumi ini,cuba fikir dan renungkan kita sibuk dalam mengejar dunia atau akhirat?terleka dan terlalai?atau beriman dan tawaduk?
Rumput?wah kenapa saya bawa tajuk rumput bagi penulisan saya kali ini?kalau kita lihat pada rumput apakah sifatnya?cuba fikir sedalam-dalamnya tentang rumput...macam kelakar pula tajuk saya ini.Kajian Sains menkelaskan ruput sebagai tumbuhan tiada batang apa dalam bahasa sains?saya pun dah terlupa sebab terlalu lama tidak bukak buku sains walaupun itu subjek kegemaran saya.berbalik kepada rumput,walaupun kalau kita lihat rumput ini semacam tumbuhan yang tidak bermaya kerana tidak berbatang dan berakar serabut bukan berakar tunjang,namun banyak faedah rumput sebenarnya contohnya rumput ditanam bagi mengukuhkan stuktur tanah,contohnya ditepi lebuhraya dilereng bukit ditanam dengan rumput bukan setakat untuk mrnghijaukan bumi tapi berperanan untuk mengikat tanah dari pengerakan tanah.
Rumput juga bersifat flexsibel iaitu tidak tidak patah apabila ditiup angin atau dipijak.Pengajaran yang saya ingin bawa disini ialah flexsibelnya rumput ini.Dalam hidup ini banyak mehnah dan tibulasi tapi sejauh manakah kita sebagai manusia boleh mencontohi sifat rumput yang tahan atau gagah walaupun nampak tidak bermaya pada sifatnya.Bersifat flexsibel ini boleh memudahkan dan menyenangkan kerja kita dan orang lain.Seorang sahabat baik selalu menasihatkan saya sebelum menjadi pimpinan di sekolah menengah dahulu.Alam sekeliling menjadi panduan bagi kita sebagai pemerhati dan mengpraktikalkan dalam kehidupan harian.Bila kita ada diatas jangan kita lupakan orang dibawah kita kerana kita bukan selamanya diatas.Dan orang jangan mudah melebelkan orang diatas kerana mungkin dia ada sebab tertentu bagi tindakan itu.AllhuA'lam.Jadilah seperti rumput tidak rosak dilanda angin dan ribut.maaf sekiranya ada kesalahan,sesungguhnya saya sebagai insan yang lemah.

Saturday, January 10, 2009

Pilihan Hidup?

Assalamualaikum,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurnianya dapat dapat menghirup udara dan dapat melihat keindahan alam ciptaan Rabbul jalil ini.pecaya atau tidak kita sebagai manusia yang menumpang di muka ini semestinya wajib bersyukur atas nikmat dan limpah kunia yang telah ditetapkan kepada kita.Salam Kekuatan,salam kesedaran kepada seluruh umat islam dan manusia atas apa yang berlaku di Palestin.Semestinya semua manusia atau umat islam tahu apa yang berlaku di Palestin iaitu penindasan puak zionis yang semakin berani menyerang bumi Gaza.Marilah Kita panjatkan doa untuk saudara kita dibumi gaza bagi keselamatan dan kerahmatan Bumi Gaza.
Saya letak tajuk bagi penulisan saya Pilihan Hidup,mengapa?tak tahu la saya hendak ulaskan macam mana tapi apa yang saya bawa dalam penulisan lepas tentang tujuan hidup.Suka saya untuk membawa sahabat-sahabat berfikir sejenak berapa banyakkah diri kita membuat keputusan dalam sehari?sahabat rasa semua keputusan kita ambil itu baik dan diredoi Allah?
Izinkan saya untuk membawa cerita pejalanan saya ke Kuala Lumpur Jumaat lepas apabila terpisah dengan konvoi di tengah-tengah bandaraya berbekalkan pengalaman yang cetek jalan di bandar metropolitan itu.Dan dalam keadaan teragak-agak untuk memilih jalan ke Ampang tapi kami tempuhi dengan keyakinan untuk sampai kesana.Teringat tentang pilihan jalan hidup ini,banyak liku-liku yang perlu ditempuhi dalam hidup yang singkat ini.Kadang-kadang dalam memilih jalan hidup ini kita tersungkur atau tersalah memilih jalan.Setakat mana kita sedar kita tersalah jalan atau tersesat?kalau kita sendiri pun tidak tahu kemana arah tujuan kita?Dalam kesibukkan mencari papan tanda ke Ampang saya terfikir inilah yang dikatakan petunjuk yang telah disediakan,ia boleh dikiaskan kepada Petunjuk yang telah diberikan kepada kita iaitu Al-Quran,sedar atau tidak sedar semua yang berlaku disekeliling kita bersangkut-paut dengan kejadian dikeliling kita?Fikir-fikirkan
Satu lagi saya ingin bawa dalam penulisan ini ialah pilihan juga iaitu Pilihanraya.Persoalannya,kenapa saya kaitkan dengan pilihan hidup?sebelum ini saya tertarik dengan ulasan dari blog sahabat-sahabat tentang PRK tetapi saya tiada idea untuk menulis tentang itu.Dalam baki beberapa hari lagi untuk pilihanraya kampus di Kuis.Tiada pekembangan positif tentang PRK?kemana kemeriahan Pilihanraya?masih lagi dalam keadaan suram.Esok pagi mungkinkah ada beberapa poster yang akan naik?kalau kita lihat PRK KUIS 14 haribulan,Berapa ramaikah Mahasiswa yang tahu tentang perkara ini?banyak persoalan dalam kepala ini,tapi saya masih lagi mencari jawapan dari soalan yang direka oleh saya sendiri.Apa sifat-sifat pemimpin yang kita Wajib pilih?antaranya mesti beriman kepada Allah,berilmu,berpengalaman,bersungguh-sungguh,jujur,peduli atas orang dia pimpin dan banyak lagi sifat-sifat yang perlu pada pemimpin yang boleh sahabat ambil dari bahan lain antara penulisan yang menarik minat saya ialah Dr.Danial Zainal Abidin dalam tulisannya berhati-hati memilih pemimpin(http://www.danialzainalabidin.com/2008/03/06/berhati-hati-memilih-pemimpin/).Marilah kita fikir-fikirkan.
Akhirnya,sedarlah kita semua mempuyai kelebihan masing-masing kitalah yang mencorak kelebihan yang dikurniakan kepada kita.Allahua'lam.Maaf atas segala kesalahan dan kekurangan.:-)

Sunday, January 4, 2009

JERNIH

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi Tuhan Yang Menguasai setiap sesuatu dalam dunia ni.dalam perjuangan dunia yang singkat ini,marilah kita sama-sama muasabah diri kembali dari mana kita datang dan kemana kita akan pergi selepas ini.Saya mengaku sebagai manusia biasa kadang-kadang@orang kata sokmo kita terleka walaupun sering diigatkan oleh Allah s.w.t dengan peristiwa atau keadaan sekeliling.Kadang kita cuma ambil mudah atas apa yang berlaku disekeliling kita.contohnya kematian,bencana alam,penindasan yang jadi suatu perkara biasa bagi kita.Bila difikirkan kembali kita akan kembali semula kepada Pencipta kita,baru rasa diri ini kerdil sangat.Siapalah aku yang bertubuh kecil ini untuk untuk sombong di muka bumi yang Dikuasai oleh Maha Pencipta ini.Apa yang saya maksudkan disini ialah kita akan menempuh alam pensinggahan kedua iaitu alam barzah.Disaat akhir-akhir ini,ramai yang dijemput oleh Allah s.w.t dahulu.Samaada tua,muda mahupun kanak-kanak apabila sudah sampai waktunya maka tidak akan lambat sesaat atau lebih sesaat.Apa yang penting ialah marilah kita sama-sama muasabah diri kembali.Takat manakah kita punya persediaan untuk menempuh alam ini.Saya bukan menujukan kepada sesiapa tapi sebagai peringatan kepada diri saya sendiri yang sentiasa lalai dengan godaan dunia yang sementara ini.Bila muasabah kembali banyaknya dosa aku seharian bila dibandingkan dengan amalan yang tidak seberapa ini.Dosa dengan Allah,diri sendiri,ibubapa,guru-guru,sahabat dan lain-lain samaada sedar atau buat-buat tidak sedar.Saya takut kadang kita berkata-kata tapi kita sendiri tidak buat.Kadang-kadang kita berkata-kata menguris hati orang lain.Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa samaada dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.
Tahun baru hijrah sudah seminggu berlalu dan tahun baru masihi sudah 5 hari berlalu.Apa Azam kita kita sebagai manusia yang memikul tanggungjawap hamba dimuka bumi ini.Apa kaitan dengan cerita saya sebelum ini?yang pergi tetap akan pergi tetapi yang terus hidup mesti mempuyai matlamat hidup yang jelas apa yang diperintahkan kepada kita.Tahun baru hijrah ini banyak peristiwa yang berlaku,antaranya serangan keatas Gaza iaitu tempat kiblat pertama umat islam.Tiada pembelaankah keatas mereka?mari kita fikir-fikirkan.Saya pun tidak mahu membuat kesimpulan awal mungkin sebagai pemerhati yang perihatin boleh menampakkan ukhwah umat islam masih lemah.Kemana perginya ajaran yang dibawa oleh Rasul kita?Barat puak-puak kafir berjaya memisahkan kita dengan pemisahan sempadan dan bangsa bagi memisahkan umat islam.Wahai umat islam bangkitlah,berjuanglah menentang musuh umat islam..
Akhirnya,marilah kita sama-sama untuk muasabah diri kita sendiri untuk kebaikan,mohon maaf atas kesilapan dan kekurangan dalam penulisan dan kata-kata,saya masih lagi dalam proses belajar dan perlu di ajar(ditarbiyah).Wallahua'lam