Wednesday, December 8, 2010

Terus Berlari


Sedar tak sedar dah masuk tahun baru hijrah,lama jugak tak update blog ni.tak tau la ade orang ikut atau tak blog ni,ramai dah beralih kepada Facebook.Dalam nak menyiapkan latihan ilmiah ni banyak sangat dugaan Allah beri untuk tarbiyah insan ini secara lansung.Ya Allah Kuatkan hamba Mu ini tuk menjalani dugaan Mu ini,jangan bebankan hambamu ini dengan dugaan yang tidak mampu aku pikul.
Banyak perkara yang perlu disettlekan dalam masa singkat ni tapi masalah tak pandai urus waktu yang baik jadi penghalang besar tuk saya wat kerja cepat.Sekarang dalam menyiapkan latihan ilmiah dan settlekan hafalan wat part-time kerja kat kedai buku Al-Hamra'.Dari kerja di kedai tu boleh belajar banyak tentang ragam manusia(biasalah suka kaji orang).Sedar tak sedar sebenarnya Allah jadikan Alam ini begitu unik dengan ciptaan Nya.Subhanallah.Pelbagai perangai,gaya,rupa dan sebagainya.
Dalam boring2 tuk tunggu kuanter banyak jugak buku kat kedai buku tu saya baca,"wat cm kedai sendiri katakan",baru 2 minggu.belum sebulan lagi..patut la ramai duk pesan baca lah buku sebelum naik menjadi pemimpin.masa jadi dikalangan pemimpin dulu susahnye nak habiskan satu buku,tapi bila tak jadi pemimpin ni,banyak jugak benda baru kita dapat dari baca buku unutuk pengetahuan untuk jadi pemimpin.Lemahnya hamba Mu ni ya Allah.
Untuk minggu ni rasa nak balik pahang tuk pujuk diri hamba Allah yang lemah ni.Nak ambik semangat sikit dari kampung.Teringat pesan Sahabat karib yang sempat untuk berbual dengan talifon baru-baru ni tuk saya belajar "cara-cara memujuk".mungkin ada hikmah nya kot dia pesan cam tu..ok takat ni dulu.smabung lain kali..Jaga Akhlak,jaga Peribadi dan jaga solat.

Wednesday, October 27, 2010

Permulaan



Salam mahabbah buat pembaca blog yg sudah lama tak update ni.emm bukan malas tuk update bila cuti dan otak lama taj berfikir susah untuk menulis kadang-kadang tuk habiskan satu ayat pun berjam-jam tuk depan lap top tuk menaip latihan ilmiah..dalam kesibukan wat latihan ilmiah ni sempat untuk tulis dalam blog sudah berimba ni.
Baru-baru ni terlibat dengan taaruf pegambilan baru KUIS,walaupun kali kedua dah join sama tapi banyak lagi sebenarnya kena belajar tentang hendak berhubung dengan orang lain.(Teknik komunikasi berkesan).Tertarik saya untuk berkongsi semasa bersama-sama adik-adik untuk mendidik jiwa-jiwa manusia ini perlunya kita bersungguh-sungguh dalam mendidik jiwa manusia yang pelbagai ini.Bukan sekadar syok sendiri dengan ilmu yang tidak seberapa ini..terigat semasa mengikuti satu program semasa sekolah menengah sebagai seorang fasi,seorang abang tu beri ingat tentang untuk mendidik jiwa manusia ini perlu untuk diri seorang pendidik itu di didik.Sehinggakan abang tu memperigatkan untuk menyusun kasut untuk fasi sendiri..Dalam mendidik orang lain tepat waktu kita dulu hendaklah tepat waktu.untuk orang rajin untuk ibadah kita sendiri kena mula kan dengan diri kita sendiri.untuk jadikan anak buah kita ikhlas buat kerja kita dulu kena ikhlaskan hati kita..Kalaulah diri kita tidak terurus bagaimana hendak mengurus pelbagai lagi hati yang pelbagai ini.Ya Allah,peliharalah diri ini daripada berkata-kata tetapi tidak buat apa yang dikata-kata..
Dalam proses untuk melahirkan generasi rabbani di dalam kerosakan umat sekarang ini,begitu sussah tuk kita mendidik jiwa-jiwa manusia ini menuruti syariat islamiah.Ini cabaran buat pendaei' diluar sana.Marilah kita mamtapkan tarbiyah diri kita untuk mentarbiyah ummah.

Monday, August 23, 2010

Penyakit Leptospirosis dan cara – cara mencegahnya




Masih ingatkah anda akan satu kejadian misteri yang berlaku di Lubuk Yu, Maran, Pahang? Kejadian yang dianggap sumpahan seorang mangsa lemas dikawasan tersebut terhadap penyelamat – penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari mayat seorang mangsa lemas disana. 6 orang yang terlibat dalam operasi itu telah meninggal dunia sehingga menimbulkan perasaan panik dikalangan penyelamat yang turut serta dalam operasi tersebut kerana dikatakan mereka bakal menjadi mangsa seterusnya.

Namun setelah siasatan dijalankan dari segi perubatan dan kesihatan, akhirnya mereka disah meninggal dunia akibat salah satu penyakit yang jarang – jarang sekali kita dengar iaitu penyakit kencing tikus atau nama saintifiknya Leptospirosis. Tapi kali ini, penyakit tersebut telah mula menyerang dan membunuh salah seorang dari 3 pengunjung pusat rekreasi Lata Bayu, Baling, Kedah.

Kini penyakit tersebut mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut manakala tiga lagi dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang setelah berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.

Utusan Malaysia

Apa itu penyakit Leptospirosis? Leptospirosis merupakan salah satu penyakit berjangkit yang mana boleh menyebabkan mortaliti (kematian). Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas seperti negara kita Malaysia.

Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit ini ialah:

* Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
* Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
* Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Antara tanda dan gejala penyakit ini ialah:

* Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
* Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
* Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
* Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
* Radang Selaput mata

Antara gejala Leptospirosis
* Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam

Antara komplikasi yang disebabkan oleh penyakit ini ialah:

* Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
* Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
* Perdarahan yang teruk.
* Respiratory distress).
* Kegagalan fungsi hati.
* Kegagalan fungsi buah pinggang

Rawatan yang biasa digunakan untuk penyakit ini ialah ubat – ubatan seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Manakala penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Bagi mencegah penyakit ini dari berlaku dan merebak, orang ramai seharusnya menjaga kawasan kebersihan kawasan terutamanya dikawasan yang berpotensi menyebarkan penyakit ini seperti pusat rekreasi manakala bagi pengusaha kedai makan, mereka juga harus memastikan kedai mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan orang ramai juga diminta memilih hanya kedai makan yang bersih. Selain itu, Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.

Tuesday, July 13, 2010

Rimba Damai


Salam perjuangan sahabat-sahabat yang membaca blog ni.walaupun susah nak update..Sempat untuk mencuri masa sementara study tuk mid term pentadbiran dan pengurusan malam ni..Sempat untuk saya untuk mencuri masa untuk pulang ke kampung halaman hujung minggu lepas lama sudah tidak menjeguk kampung, merehatkan sikit minda dalam kesibukkan belajar di kampus taman ilmu ini...Terasa kerdil diri ini dengan ilmu takat diploma ini tak dapat untuk mengisi kekosongan jiwa masyarakat di muka bumi Allah ini.Semakin hari semakin ramai manusia lalai dengan keasyikan dunia,Cuba kita fikirkan dimanakah silapnya?kadang-kadang manusia akan menuduh sama sendiri tidak mengaku kesilapan masing-masing..betulkah tindakan kita agaknya?..Baru baru ini seorang sahabat telah berangkat ke bumi libya untuk melanjutkan pelajaran,selamat berjuang wahai sahabat ku..terasa iri hati sahabat2 dapat belajar ke luar negara.Bila plak masa untuk diri ini untuk sambung belajar kat luar ni,mybe master nanti kot.;-).Sahabat-sahabat perjuangan di sekolah menengah dulu dah habis belajar dan dengar cerita ingin pulang sebelum raya ini....
Sambung kembali tentang mengisi kekosongan jiwa manusia dibuka Allah ini,Demam Piala Dunia dah reda dengan menangnya sepanyol 1-0 dengan belanda.tapi bila difikir kan kemana pembawakan piala dunia ini berakhir.Adakah sekadar suka-suka?ataupun boleh ambil sedikit pengisian dari piala dunia ini?Antara pengisian yang lecture Undang-undang keluarga saya bagi dalam kelas ialah kerja berpasukan,masa,jangan putus asa,keyakinan diri dan setia kawan.Rasanya banyak lagi tapi berapa ramai yang ambik pengajaran sebegitu?fikir-fikirkan.

Monday, June 14, 2010

ALAM ITU SATU SEKOLAH


Lihat alam ini. Seluruh dan sepenuhnya dipermudahkan untuk dikuasai manusia. Haiwan dan tumbuhan seolah-olah diciptakan untuk berkhidmat pada manusia. Tumbuhan mengambil yang buruk (karbon dioksida) daripada manusia dan mengeluarkan oksigen yang bersih buat kita bernafas.

Kulit, daun, akar, pucuk dan segala-galanya menjadi sumber makanan, ubat-ubatan, pakaian dan perlindungan untuk manusia. Begitu juga haiwan, daging, bulu dan kulitnya semuanya dimanfaatkan untuk manusia.

Ketika segala-galanya diciptakan untuk kita, maka wajar pula kita bertanya kita dijadikan untuk siapa? Ya, ada maksud besar misi kedatangan manusia ke dunia. Justeru, misi yang besar itulah segala-galanya dipermudahkan buat manusia.

Persis bekalan dan alat kelengkapan pada seorang tentera yang dihantar untuk satu operasi ketenteraan, maka begitulah manusia yang telah diberi berbagai-bagai-bagai kemudahan dan bekalan.

Untuk menjadi hamba Allah dan khalifah yang memakmurkan, mengurus dan mentadbir muka bumi ini – itulah dwifungsi utama manusia di dunia ini. Seluruh kelengkapan yang diberikan kepadanya harus menjurus dan fokus ke arah pelaksanaan misi itu.

Jangan disalah gunakan, kerana segala-galanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan. Akan datang detiknya, manusia akan dipanggil bersemuka dengan Allah untuk menjawab setiap titis nikmat yang telah diamanahkan-Nya itu. Alam ini bukan hanya membekalkan makanan, ubat-ubatan, perlindungan dan pakaian, tetapi alam ini juga membekalkan suatu yang sangat bermanfaat dalam menjayakan misi kedatangan manusia. Alam sebenarnya membekalkan ilmu untuk manusia yang menghuninya. Alam adalah sekolah yang mana manusia harus belajar pada setiap masa, keadaan dan suasana.

Alam adalah layar yang memancarkan kebesaran Allah untuk manusia mengenali dan mencintai Penciptanya. Bulan, matahari, bintang, tumbuhan, haiwan adalah tanda-tanda (‘sign’) yang boleh membuka fikiran, jiwa dan perasaan manusia untuk dekat kepada Allah. Dan dekat kepada Allah itulah sumber kekuatan, ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dalam menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah.

Dua misi besar itu sangat berat dan sukar. Ia adalah amanah yang pernah ditawarkan pada langit, gunung-ganang dan bumi tetapi mereka menolaknya. Firman Allah:
“Sesungguhnya kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.” Al Ahzab 33:72

Gunung, langit dan bumi tidak sanggup menanggung misi besar itu, mereka hanya sanggup menjadi ‘pembantu’ manusia untuk melaksanakannya. Justeru, mereka lebih rela dikuasai daripada mengusai manusia. Mereka hanya ingin menjadi sekolah, manakala manusia menjadi pelajar-pelajarnya. Allah yang menjadi ‘Guru’ dalam sekolah besar (jagat raya) ini sentiasa mendidik manusia agar layak menjadi graduan yang layak mendapat ijazah keredhaan-Nya dan syurga. Sedarkah kita?

Justeru, marilah sama-sama kita mengingatkan: Alam itu sekolah insan. Jadilah pelajar yang baik. Belajarlah dari alam!

Saturday, June 12, 2010

Method Usrah

Assalamulaikum,lama tak update blog ni,dalam cari bahan untuk asgment terjumpa satu atikel baik tuk bahan rujukan untuk usrah.Selamat membaca dan menhayati sedikit dari pengisian ini.

Dipetik daripada buku : BEBERAPA PANDUAN ASAS USRAH DAN HARAKAH

Oleh : YA'QUB MUHAMMAD HUSSIN

Selain dari naqib/naqibah sebagai satu tunggak yang penting dalam menjayakan usrah, kandungan usrah atau Manhaj Usrah juga memainkan peranan yang besar. Ia bukan sahaja menyumbang kepada proses menambahkan 'ilmu pengetahuan tetapi membina fikrah da'wah, harakah dan organisasi.

Oleh itu kandungan usrah, selain dari menyediakan skema 'ilmu, ia juga mestilah berperanan membentuk watak dan pemikiran Muslim, Mu'min, Muttaqin dan Multazim.

Agar skema yang dimaksudkan menepati kehendak-kehendak dan cita-cita gerakan Islam, maka perkara-perkara berikut ini perlu diberi perhatian sewajarnya.

Pertama:
Pada dasarnya mestilah ditegaskan bahawa Islam dan ajarannya adalah bersumber dari Kitab Suci al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w, sebagaimana yang difahami dan diambil dari para 'ulama' yang mu'tabar, yang thiqah, 'adil dan dipercayai di sepanjang sejarah ummah. Dalam usaha memahami sudut-sudut penghayatannya yang menyeluruh,maka panduan daripada Sirah Nabawiyyah dan para sahabat serta perjalanan Salafussoleh mestilah dijadikan rujukan.

Dalam segala keadaan, kandungan yang dibawa oleh para naqib/naqibah mestilah menjurus kepada penghayatan ajaran al-Quran dan as-Sunnah yang meliputi seluruh bidang kehidupan.

Kedua:
Kandungan usrah juga, antara lain perlu memberi tasawwur atau gambaran yang benar dan menyeluruh bahawa Islam adalah satu sistem hidup (Nizamul Hayat) atau ad-Deen yang sempurna. Perlu ditegaskan sesungguhnya, bahawa Islam adalah petunjuk (Huda) yang paling benar untuk keselamatan dan kebahagiaan hidup manusia.

Firman ALLAH TA'ALA mafhumnya:
"Katakanlah sesungguhnya petunjuk ALLAH itu, sebenar-benar petunjuk (untuk manusia)."
(Surah al-Baqarah : 120)

Ketiga:
Bahan-bahan atau kandungan yang ingin disampaikan di dalam usrah, hendaklah mengambil kira marhalah yang sepatutnya dilalui oleh ahli-ahli usrah. Adalah wajar semua anggota usrah kita melalui marhalah ta'arif, diikuti marhalah takwin dan kemudian marhalah tanfiz.

Hal ini perlu ditegaskan sebagai satu kemestian dari sudut kandungan.

Namun dari sudut perlaksanaan, seseorang itu seharusnya melalui sesuatu peringkat demi satu peringkat sebagai satu proses yang berurutan. Tetapi adakalanya seseorang itu mungkin melalui proses di atas secara sekali gus atau dua peringkat serentak sesuai dengan keadaan-keadaan dan tuntutan persekitaran. Jika hal ini berlaku bukanlah bererti ia sesuatu yang pelik.

Keempat:
Manhaj Usrah juga mestilah mengandungi asas-asas dan Tasawwur 'Aqidah yang kemas dan menyeluruh, serta diberi penekanan dalam setiap usrah, supaya asas ini menjadi benteng utama kepada pemikiran dan jiwa anggota usrah. Kekuatan 'Aqidah merupakan kekuatan yang paling asas dan paling utama yang perlu dibina oleh Harakah Islamiyyah.

Perlu ditegaskan bahawa, persoalan'aqidah yang dimaksudkan mestilah merupakan prinsip-prinsip 'aqidah yang difahami dan disepakati oleh kalangan Imam Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang berpandukan kitab-kitab yang mu'tabar.

Kelima:
Seterusnya kandungan usrah mestilah memberi penekanan kepada bahan-bahan yang dapat memandu dan menyumbang ke arah pembentukan peribadi atau syakhsiyyah Muslim yang baik, lebih-lebih lagi syakhsiyyah penda'wah atau petugas Harakah Islamiyyah.

Di antara lain sangatlah perlu ditekankan betapa pentingnya sifat ikhlas, ber'ilmu, cerdik, berani, berkorban, sabar, istiqamah, lemah-lembut, hikmah dan sifat-sifat mahmudah yang lain.

Keenam:
Seterusnya kandungan usrah juga mestilah memberi penekanan kepada anggota bahawa, memelihara ajaran Islam dari semua sudut adalah satu kewajipan fardi mahupun jama'i. Demikian juga tanggungjawab da'wah merupakan tanggungjawab yang memerlukan persiapan dan kekuatan.

Perlu dipastikan bahawa manhaj usrah menggariskan panduan dan tanggungjawab tertentu anggota usrah di medan da'wah sesuai dengan kemampuannya dan keadaan mereka.

Ketujuh:
Selain daripada beberapa unsur penting di atas, manhaj usrah juga mestilah memberi penekanan kepada keelokan 'ibadah-'ibadah khusus dan 'amalan-'amalan yang membina kerohanian anggota-anggota usrah seperti memperbanyakkan 'amalan-'amalan sunat, wirid-wirid ma'thurat, do'a, zikir, membaca al-Quran, menziarahi perkampungan akhirat (kubur) dan seumpamanya.

Mungkin juga sebahagian dari 'amalan di atas boleh diadakan sebagai sebahagian dari kegiatan di luar usrah.

Kelapan:
Seterusnya hendaklah dipastikan kandungan usrah di semua peringkat, mengandungi unsur-unsur pembentukan fikrah da'wah harakah, dan siasah secara seimbang, supaya watak dan pemikiran anggota usrah terarah kepada menjadi petugas-petugas dan pembela Islam yang berketrampilan, siap sedia dengan 'ilmu dan semangat juang yang tinggi.

Di antara lain dalam hal ini, perlu adanya penegasan Awlawiyyat dalam 'amal 'Islami. Apa yang dimaksudkan dengan Awlawiyyat ialah perlunya para petugas memahami langkah-langkah atau kerja mana yang patut didahulukan dan yang mana patut dikemudiankan. Hal ini sangatlah perlu supaya anggota harakah tidak melakukan sesuatu mengikut selera dan sesuka hati mereka. Sebaliknya berdasarkan panduan 'ilmu dan fikrah yang diberi oleh para naqib/naqibah di dalam usrah-usrah mereka.

Kesembilan:
Seterusnya kandungan usrah juga p[erlu menekankan panduan-panduan latihan kerja secara jama'i, seperti tanggungjawab memelihara amanah, berkorban, mematuhi arahan-arahan dan memberi wala' dan keta'atan kepada jama'ah pimpinan.

Unsur ini adalah satu unsur yang perlu diberi penekanan sepanjang masa supaya menjadi kukuh dan sebati di dalam jiwa petugas-petugas jama'ah (gerakan Islam).

Kesepuluh:
Manhaj usrah juga mestilah, menyediakan bahan-bahan serta ruang, yang dapat merangsang ahli-ahli supaya berinteraksi sesama sendiri bagi menguatkan ukhwah dan sanggup bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada di kalangan anggota dengan cara-cara yang baik, hikmah dan bersesuaian.

Seandainya, sesuatu manhaj mengandungi unsur-unsur di atas, atau mengambil kira perkara-perkara yang berkaitan dengannya, maka ia telah menepati sebahagian dari kehendak dan tujuan tarbiyyah.

Namun demikian, para naqib/naqibah tetap memainkan peranan utama dalam penyampaian dan pengolahan bahan-bahan yang dimaksudkan.

Sunday, January 31, 2010

Kenangan Semalam

Permegian Sahabat perjuangan Arwah Mohd Khalil bin Khanurdin 23 hampir 2 minggu lebih.Terasa baru semalam berborak dengannya.Pertemuan Raya Haji hari tu adalah pertemuan terakhir bagi ku.Ya Allah,Tempatkanlah sahabatku ini di makam yang terpuji.Tergiang-giang diteliga ini persoalan cepu emas dari mulut arwah "Hafiz,bila ko nak kahwin,koi nak tengok ko kahwin dulu".persoalan itu rupanya adalah terakhir bagiku semasa makan kuih raya dirumahnya. Beliau hilang semasa menjaring di batu bor bersama ayah dan penduduk kampung.Kehilangan beliau adalah kehilangan seorang perjuang jemaah dimuka bumi ini..Ya Allah Tempatkan sahabat ku ini Ditempat orang sholih dikalangan Mujahidin,Ya Allah..Al-Fatihah