Masih ingatkah anda akan satu kejadian misteri yang berlaku di Lubuk Yu, Maran, Pahang? Kejadian yang dianggap sumpahan seorang mangsa lemas dikawasan tersebut terhadap penyelamat – penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari mayat seorang mangsa lemas disana. 6 orang yang terlibat dalam operasi itu telah meninggal dunia sehingga menimbulkan perasaan panik dikalangan penyelamat yang turut serta dalam operasi tersebut kerana dikatakan mereka bakal menjadi mangsa seterusnya.
Namun setelah siasatan dijalankan dari segi perubatan dan kesihatan, akhirnya mereka disah meninggal dunia akibat salah satu penyakit yang jarang – jarang sekali kita dengar iaitu penyakit kencing tikus atau nama saintifiknya Leptospirosis. Tapi kali ini, penyakit tersebut telah mula menyerang dan membunuh salah seorang dari 3 pengunjung pusat rekreasi Lata Bayu, Baling, Kedah.
Kini penyakit tersebut mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut manakala tiga lagi dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang setelah berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.
Utusan Malaysia
Apa itu penyakit Leptospirosis? Leptospirosis merupakan salah satu penyakit berjangkit yang mana boleh menyebabkan mortaliti (kematian). Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas seperti negara kita Malaysia.
Antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit ini ialah:
* Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
* Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
* Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Antara tanda dan gejala penyakit ini ialah:
* Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
* Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
* Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
* Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
* Radang Selaput mata
Antara gejala Leptospirosis
* Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam
Antara komplikasi yang disebabkan oleh penyakit ini ialah:
* Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
* Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
* Perdarahan yang teruk.
* Respiratory distress).
* Kegagalan fungsi hati.
* Kegagalan fungsi buah pinggang
Rawatan yang biasa digunakan untuk penyakit ini ialah ubat – ubatan seperti Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Manakala penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Bagi mencegah penyakit ini dari berlaku dan merebak, orang ramai seharusnya menjaga kawasan kebersihan kawasan terutamanya dikawasan yang berpotensi menyebarkan penyakit ini seperti pusat rekreasi manakala bagi pengusaha kedai makan, mereka juga harus memastikan kedai mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan orang ramai juga diminta memilih hanya kedai makan yang bersih. Selain itu, Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.