Tuesday, November 22, 2011

Merentas RImba


Alhamdulillah Syukur Ke hadrat Ilahi..Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad.SAW..(wah tiba2 skima plak)
Setelah dah berimba blog ni(nama pun rimba damai kan)baru terasa nak cuba untuk merentas semula blog ni..Teringat sahabat2 sepejuangan Al-Azhar Members(ALAM)2008/2009.Sama-sama sepakat untuk tubuhkan blog setiap seorang untuk melebar luas dakwah,Terasa rindu plak untuk sama2 berkumpul balik untuk mengenang kembali kenangan sama-sama.tapi kesempatan mungkin disimpan sahaja untuk sebagai titipan dalam rimba damai ni.Ramai sudah terbang ke bumi ambia' untuk meneruskan cita2 untuk menambah ilmu.
Memandangkan Tahun baru hijrah hampir tiba dan sempena juga setahun saya tidak menulis dalam blog ni,seingat saya post yang lepas pada awal muharam lepas,saya bawa sedikit perkongsian sedikit untuk Menyingkap Mesej Hijrah Rasul SAW

Hijrah merupakan satu titik perubahan baru dalam dakwah Islamiyah dan mengajar banyak perkara kepada umat Islam dan juga kepada peribadi rasulullah salallahualaihiwassalam. Kali ini tugas nubuwwah tidak lagi hanya berlangsung dan berselindung di rumah Al-Arqam bin Abil Arqam tetapi di kota-kota dan akan didengari ke seluruh pelusuk dunia.

Kota Madinah dipilih untuk mendapatkan kehormatan dan menjadi pusat penyebaran dakwah Islam tersebut.

Pengajaran pertama daripada Hijrah ialah Dakwah Islam itu harus berjalan menuju ke puncak dan ditinggikan oleh pengorbanan-pengorbanan manusia yang beriman kepada Allah swt sehingga suara agama dan seruan Allah untuk seluruh manusia beriman dan bertauhid kepada-Nya didengari oleh seluruh isi alam.

Hijrah mengajar nabi bahawa Allah telah memprogamkan Islam untuk tidak membuang masa melayani kerenah kufar dan menanti sesuatu yang tidak pasti kerana “Masa” bagi seseorang manusia itu amatlah penting dan ianya perlu dilaburkan sepenuhnya ke jalan Allah swt dan melakukan apa yang lebih menguntungkan agama dan membawa kepada bekalan akhirat dari menanti sesuatu yang tidak pasti seperti menanti orang-orang yang kafir itu menjadi beriman.

Rasulullah tidak disuruh menunggu di Makkah,tidak disuruh terus berdakwah sehingga kaumnya menjadi beriman dan selama penantian itu maka baginda haruslah tetap tunduk kepada pemerintahan dan kekuasaan jahiliyyah dan syirik yang berleluasa di atas bumi Makkah.

Tidak sama sekali.

Islam tidak akan mengiktiraf jalan pemikiran dan jalan kehidupan seperti itu kerana kemuliaan agama Allah dan kemuliaan Islam serta seruan dakwahnya lebih merelakan nyawa seorang rasul dikorbankan daripada menjadi santapan dan tunduk kepada pemerintahan dan kekuasaan taghut dan syirik.

Ramai rasul-rasul dan nabi yang telah terbunuh dalam dakwah mereka tetapi belum ada rasul dan nabi yang pernah bernaung di bawah bendera syirik dan kebathilan serta tetap meneruskan dakwah mereka seperti biasa seolah-olah tidak terganggu dan tergugat oleh syirik dan kebathilan.

Islam dan sifatnya bukan sebegitu.

Allah swt telah mewajibkan kepada setiap orang yang beriman untuk memandang akhirat dan menyakini ganjaran pahala dan pulangan yang dijanjikan oleh Allah sebagai galang -ganti pengorbanan mereka di atas dunia. Hal ini semacam panduan di dalam membuat apa-apa keputusan dan tindakan untuk kita lebih memandang kepada akhirat daripada keuntungan dunia.

Hal itulah yang menjadikan para sahabat nabi sanggup mengambil risiko mengikuti nabi berhijrah ke Madinah yang merupakan tempat yang asing bagi mereka dengan terpaksa meninggalkan kehidupan dan “comfort zone” mereka sekaligus menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang benar-benar teruji oleh peristiwa hijrah.

Allah swt berfirman yang bermaksud : “Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.” (Al-baqarah : 207)

Hijrah menjadi kayu ukur untuk menguji siapakan yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul dan siapakah pula yang tidak beriman dan hanya memeluk Islam dengan separuh hati dan tidak sanggup meninggalkan kehidupan bathil dan syiriknya yang sudah selesa atau meninggalkan kaum kerabat dan ahli keluarga serta harta bendanya.

Hanya mereka yang yakin dengan masa depan di tangan Islam sahajalah akan sanggup membuat pelaburan dan pertaruhan masa depan dan kehidupan mereka untuk dakwah dan perjuangan Islam.

Allah Maha cepat pembalasannya dan sangat segera serta Maha menepati janji.

Kesusahan yang kita hadapi di saat ini, ketahuilah bahawa ianya bukanlah penamat bagi segala-galanya. Masih ada ruang dan peluang untuk kita berubah dan berhijrah kepada kebaikan sekiranya itu yang kita mahukan.

Ini permulaan untuk menhidupkan kembali blog ini,mybe selepas saya akan menulis lebih santai untuk perkongsian untuk sahabat2.Lastly,Tidak penting bila kita bermula tetapi apa yang penting ialah bagaimana kita akan berakhir.

1 comment:

Syuhada Salleh said...

satu je point...
apa2 pun penghijrahan yg kita buat..semuanya mesti lah dijaga niat dan tujuannya yg sebenar...

mudah2an lepas nih.kembali semangat memanfaatkan segenap pelosok peluang dakwah yg ada...=)